Friday, November 18, 2022

PENGENALAN

 Kesedaran nasional sangat penting dalam aspek sosial di Malaysia. Kesedaran sosial ini akan mewujudkan toleransi kaum yang sangat tinggi dalam negara yang dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Hal ini mampu menjadikan Malaysia kaya dengan kemakmuran dan dapat melestarikan impian negara untuk maju seiring dengan kemajuan negara luar pada masa ini. Selain itu, kesedaran nasional ini akan menjadikan rakyat Malaysia berfikir secara kritikal dan bertindak secara rasional dalam interaksi bersama dengan masyarakat sekeliling yang berbilang kaum. Kesedaran yang tinggi tentang tanggungjawab sosial semestinya ada dalam diri individu yang memiliki tahap penghayatan dan pengamalan nilai keadilan sosial yang sentiasa menjadi teras dan fokus utama dalam kehidupannya.Sifat mulia yang sentiasa mementingkan nilai keadilan terlihat dalam penzahiran sikapnya yang suka membantu orang lain dalam kesusahan menjadikan nilai kesukarelaan wujud secara semula jadi. Mereka yang memiliki nilai tanggungjawab sosial yang sangat tinggi juga sangat peka terhadap apa-apa sahaja kerosakan, kemusnahan, eksploitasi, pencemaran dan salah guna yang disengajakan ke atas persekitarannya.

KESEDARAN NASIONAL

 Kesedaran (atau keinsafan) secara umumnya bererti pemerolehan kebijaksanaan atau pemahaman baharu yang membolehkan kejelasan tanggapan. Manakala nasional pula berkaitan dengan bangsa dan kebangsaan. Ini bermakna kesedaran nasional bermaksud pemahaman baharu yang berkaitan dengan bangsa dan kebangsaan.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL

 Tanggungjawab sosial adalah komitmen, kewajiban dan kewajipan individu, anggota masyarakat atau syarikat untuk secara sukarela menyumbang kepada masyarakat yang lebih adil dan melindungi alam sekitar. Tanggungjawab sosial boleh terdiri dari tindakan negatif dan positif, yang pertama merujuk kepada tidak bertindak dan yang terakhir bertindak. Tanggungjawab sosial dilaksanakan oleh individu (tanggungjawab sosial individu) atau oleh kakitangan yang membentuk syarikat atau organisasi.



KEPENTINGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

  Kepentingan tanggungjawab sosial boleh memberi kesedaran kepada setiap lapisan masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita perlu melibatkan diri dalam tanggungjawab sosial kerana hal ini digambarkan sebagai tanggungjawab seseorang individu dalam menjaga kebajikan antara satu sama lain. Perkara ini juga dapat meningkatkan semangat patrioktik rakyat kepada negara serta menunjukkan perpaduan rakyat di negara kita. Perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia merupakan agenda penting yang mendasari setiap program pembangunan negara. Kestabilan politik dan ekonomi negara boleh tergugat sekiranya perpaduan antara ahli dalam masyarakat rapuh. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, berbeza latar belakang agama, kebudayaan dan cara hidup, keharmormian dan kemesraan antara anggota masyarakat Malaysia perlulah disemai dan dipupuk dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kejiranan.  

CONTOH

  Mengamalkan konsep 3R, guna semula (reuse), mengurangkan pembaziran (reduce) dan kitar semula (recycle).


Berkerjasama membersihkan kawasan perumahan.


Membantu golongan miskin melalui derma, biasiswa dan pinjaman.


Menjaga alam sekitar, iaitu tidak mencemarkan alam sekitar apabila melakukan aktiviti perniagaan.


Menyediakan kemudahan awam seperti kerusi awam, lampu jalan, perhentian bas dan lain-lain untuk kegunaan masyarakat.

KESIMPULAN

 Tanggungjawab sosial merupakan satu kewajiban individu, organisasi, institusi, dan pihak korporat untuk membantu gologan yang berkeperluan.