Kesedaran nasional sangat penting dalam aspek sosial di Malaysia. Kesedaran sosial ini akan mewujudkan toleransi kaum yang sangat tinggi dalam negara yang dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Hal ini mampu menjadikan Malaysia kaya dengan kemakmuran dan dapat melestarikan impian negara untuk maju seiring dengan kemajuan negara luar pada masa ini. Selain itu, kesedaran nasional ini akan menjadikan rakyat Malaysia berfikir secara kritikal dan bertindak secara rasional dalam interaksi bersama dengan masyarakat sekeliling yang berbilang kaum. Kesedaran yang tinggi tentang tanggungjawab sosial semestinya ada dalam diri individu yang memiliki tahap penghayatan dan pengamalan nilai keadilan sosial yang sentiasa menjadi teras dan fokus utama dalam kehidupannya.Sifat mulia yang sentiasa mementingkan nilai keadilan terlihat dalam penzahiran sikapnya yang suka membantu orang lain dalam kesusahan menjadikan nilai kesukarelaan wujud secara semula jadi. Mereka yang memiliki nilai tanggungjawab sosial yang sangat tinggi juga sangat peka terhadap apa-apa sahaja kerosakan, kemusnahan, eksploitasi, pencemaran dan salah guna yang disengajakan ke atas persekitarannya.
No comments:
Post a Comment